Friday, August 29, 2014

Peppermint Ginger Plus..Bantu buang angin dalam badan



Apakah sebenarnya gas atau angin dalam badan???Gas atau angindi dalam sistem penghadaman (perut,usus kecil,usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu udara yang di sedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besarakibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat dihadam dengan baik dalam badan kita.


Di sini saya senaraikan beberapa kajian makanan yang menyebabkan angin angin dalam badan terbentuk:

Kacang
Sayuran seperti brokoli
Kobis
Taugeh
Bawang
Asparagus
Buah-buahan seperti epal,dan peach
Bijirin seperti roti gandum
Minuman ringan dan jus buah
Susu dan produk susu daripada susu dan keju
Makanan dlm peket yang mempunyai Laktsus didalamnya seperti roti,bijirin dan sos salad





Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut.
Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina,halia,jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan.Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampurkan dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.
Peppermint Ginger Plus ini terdiri daripada 4 jenis bahan iaitu pudina,halia,fennal dan anise.

Peppermint Ginger Plus dapat membantu:
  • Melegakan senak perut
  • Membantu penghadaman
  • Mabuk laut/darat
  • Melgakan sakit cirit birit dan Gastrik
  • Melegakan Sakit period
  • Membuang angin dalam perut
  • Menyamankan perut

BAGAIMANA DAPATKAN PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE??
Hubungi saya melalui
No tel - 017-2682779 SMS & WHATSAPP

Wednesday, August 27, 2014

B complex Shakle lengkap dengan ACID FOLIC..

Hari ini saya saya nak bercerita tentang vitamin B complex. Seperti kita sedia maklum, kita memerlukan vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan. Antara vitamin yang kita perlukan untuk kekal sihat adalah vitamin B complex.






KELEBIHAN B COMPLEX 

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.



KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

  

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).



Sebenarnya bau pada B complex adalah satu petanda yang sangat bagus. Ini kerana ia memberi maksud bahawa B Complex Shaklee adalah B-Complex yang lengkap. Bahan yang menyebabkan bau kurang menyenangkan ialah Thiamin, salah satu komponen dalam vitamin B. Thiamin memberi bau kepada B complex, termasuklah bau kencing kerana ia larut air dan disingkir melalui kencing.

Vitamin Shaklee memang berbau kerana ia tidak mengandungi sebarang pewarna atau perisa. Tambahan pula ia adalah vitamin yang dihasilkan dari sumber natural. Bila dicampur perisa dan pewarna, hilanglah identitinya sebagai vitamin natural.

Vitamin B Complex Shaklee juga memberi beberapa kesan seperti merasa panas, rasa haus, rasa lesu, sekiranya ia pertama kali anda mengambilnya. Jangan risau kerana ia adalah normal. Ia memberi mesej bahawa tubuh anda sedang berinteraksi dengan vitamin B complex tersebut.

Sekiranya anda mengalami perkara-perkara seperti di atas, bertenanglah dan minumlah air banyak-banyak.

Manakala untuk mengurangkan bau B-Complex Shaklee, anda disarankan menyimpan vitamin tersebut di dalam peti sejuk.



BAGAIMANA INGIN DAPATKAN B COMPLEX??
BOLEH ADD/PM FACEBOOK SAYA
SMS/WHATSAPP - 0172682779

Tuesday, August 26, 2014

KENAPA PERLU BUANG TOKSIN..??

Apakah yang dikatakan Detox
Detox atau nama glemernya adalah nyahtoxin merupakan satu proses membuang kekotoran atau sisa yang tidak diperlukan dari badan. Secara amnya, badan kita memang melakukan detox secara semulajadi contohnya melalui perkumuhan, perpeluhan dan pembuangan najis. Namun kadangkala proses ini menjadi tidak lancar dan tidak semua dapat dinyahkeluar dari badan terutamanya apabila melibatkan kolon.

Kenapa perlu detox-Kekotoran ataupun toksik yang terkumpul dalam badan boleh menyebabkan beberapa penyakit serius. In fact, kebanyakan penyakit hari ini adalah berpunca daripada badan yang penuh toksik. Antara penyakit akibat daripada usus yang penuh toksik adalah
  • Darah tinggi 
  • Jantung
  • Hati
  • Buah pinggang
  • Kencing manis

Dan antara tanda bahawa anda perlukan detox adalah seperti berikut :-

  • Sakit kepala yang kerap 
  • Keletihan 
  • Kulit Kusam 
  • Selalu jatuh sakit seperti demam
  • Sembelit

Dan satu kemungkinan yang paling teruk adalah segala penyerapan vitamin dan mineral menjadi lemah lalu menyebabkan badan tidak cukup nutrisi yang diperlukan.


Apa kaitan detox dan kurus

Proses detox akan buang kotoran dan bersihkan usus. Proses kuruskan badan kadangkala tidak berkesan bukan kerana sesuatu product yang diambil tapi kemungkinan besar ianya berpunca daripada usus yang penuh toksik dan tidak menyerap nutrisi dari product secara optimum. Jadi jika anda nak kurus atau dalam proses nak kurus, perkara pertama yang pelu dibuat adalah detox! Bersihkan usus anda supaya penyerapan vitamin berlaku dengan lebih berkesan dan optimum. Ini kerana nutrien tertentu iaitu carbo, protin dan fiber memainkan peranan yang besar dalam proses penurunan berat badan. 

Contohnya protein sangat penting bilamana seseorang nak kurus. Protein membantu dalam membina dan membaiki tisu-tisu otot supaya kadar metabolisme badan dapat dipertingkatkan dan seterusnya membakar lemak untuk ditukarkan kepada tenaga. Jadi adalah penting zat protein dapat diserap dengan baik oleh usus. Jika usus penuh toksik, zat protin tidak dapat diserap dan peranan protin tidak berlaku dengan cara yang optimum.

APA YANG ANDA PERLUKAN UNTUK DETOX??
Anda boleh dapatkan HERB LAX SHAKLEE ATAU ALFAFA SHAKLEE untuk membantu menyah toksin...





BAGAIMANA INGIN DAPATKANNYA??
Boleh hubungi intan melalui
SMS/CALL/WHATSAPP - 0172682779

Tuesday, August 19, 2014

Makanan pertama bayiku..Puree..!!

ASSALLAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA....!!

Ingin saya kongsikan pada anda sedikit resepi puree..Ringkas & berkhasiat..Sangat baguskan untuk di beri pada bayi kita yang baru nak belajar makan tu ....
Diharap perkongsian ini bermanfaat untuk anda...





                                              
  









SELAMAT MENCUBA ..!!
INTAN HARYANI ISMAIL
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
017-2682779

Wednesday, August 6, 2014

Bila waktu subur..4 CARA KIRA WAKTU SUBUR...

Bagaimana Mengira Waktu Subur?
 Kebelakangan ni memang ramai pasangan baru kawin tapi lambat dapat anak. Mengapa? Banyak faktornya antaranya cara pemakanan yang tak sihat dan sebagainya. Tahu tak kira waktu subur? Jika anda mahir mengira waktu subur (Bagi yang normal haid setiap bulan) mudah bagi anda untuk fokus bila waktu perlu samada untuk mendapatkan zuriat atau menjarakkan kehamilan.
Sebelum nak tahu waktu subur kita yang tepat, yang paling penting mesti tahu purata haid. Sebab tu pentingnya hari pertama haid dicatat di dalam kalender kita. Di sini saya cuma ringkaskan seboleh mungkin tentang hari subur dalam bentuk gambarajah yang lebih mudah difahami.
                      
PURATA WAKTU HAID 
                          
Purata haid setiap orang tak sama. Ada yang 28 hari, 30 hari dan sebagainya. Tetapi purata normal adalah sekitar 28 hari hingga 35 hari. Bagi yang normal haid setiap bulan tu memang senang nak tahu bila hari subur kita. Yang tak normal? Haaa…. baca kat bawah lagi.
Cara kira purata haid seperti dalam carta di ATAS ni. Saya olah jadual ni bagi senang faham dan ringkas. Baca, fahami dan kira purata kitaran haid anda.

. 1. Mesti tahu bila tarikh MULA haid pada bulan-bulan yang lepas.
2. Kiraan bermula dari hari pertama haid hingga hari haid akan datang (Lihat gambarajah). Jadi anda akan dapat tempoh kitaran haid anda.
3. Apabila sudah ada 3 kitaran haid yang anda dapat, kira puratanya (Lihat gambarajah).
4. Purata inilah yang penting untuk mengetahui bila hari subur.

Sebelum tu kita kena faham dulu tentang FASA KITARAN HAID pulak. Supaya kita faham bagaimana ‘kilang’ dalam badan kita ni beroperasi baru kita tahu macam mana nak menggunakannya.
Ada 4 fasa penting dalam satu-satu kitaran haid. Saya dah olah dalam gambarajah bagi senang faham. Baca ringkasan yang saya buat dalam setiap fasa.

                                         
Mengapa hari ke-14 adalah hari subur? –> Jawapan: Kerana purata haid adalah 28 hari. (Jawapan mudah)
Bagaimana pula purata haid selain dari 28 hari? Adakah hari ke-14 dari hari haid pertama tetap hari yang paling subur?Ohh… tidak. Sekiranya purata haid selain dari 28 hari, kira begini:Jika purata haid 35 hari maka tolak 14 hari, maka hari subur adalah hari yang ke 21 dari tarikh mula haid.
Kiraan bermula dari hari pertama dari jangkaan haid AKAN DATANG tolak 14 hari.
 ##Sebab tu penting tahu purata haid kita.
Jika purata haid 30 hari – 14 hari = Hari ke 16 dari tarikh mula haid adalah hari subur.
Jika purata haid 29 hari – 14 hari = Hari ke 15 dari tarikh mula haid adalah hari subur.
Jika purata haid 33 hari – 14 hari = Hari ke 19 dari tarikh mula haid adalah hari subur


                          14927_1508028179432985_8719049116223071401_n

ADAKAH HARI YANG DISEBUTKAN SAHAJA WAKTU SUBUR?
Secara saintifiknya, sperma boleh bertahan selama 3-5 hari manakala ovum/telur boleh tahan dalam 1-2 hari sahaja. Jadi kemuncak hari subur tu adalah pengeluaran telur dalam ovari wanita mesti dihidupkan oleh sperma jika mahukan zuriat. Jika sperma yang dimasukkan 3 hari sebelum hari subur dan 2 hari selepas waktu subur kemungkinan untuk sperma bertemu dengan telur adalah sangat tinggi.
Bagi sesiapa yang mahu merancang untuk menjarakkan kehamilan boleh mengamalkan kaedah ini, tetapi agak berisiko dan takut tidak berapa tepat. Mungkin anda boleh tersalah kira atau haid anda yang tidak menentu sukar untuk anda guna kaedah ini. Bagi yang mempunyai kitaran haid tetap tiap-tiap bulan, anggarkan agar tidak bersama pada 5 hari sebelum dan 5 hari selepas hari subur. Walaubagaimanapun cara ini tidak berapa tepat dan mempunyai risikonya sendiri.
 ==================
CARA LAIN MENENTUKAN KESUBURAN (Bagi yang period tak normal boleh cuba)
1. SUHU BADAN
Suhu badan akan naik sedikit pada waktu subur disebabkan oleh peningkatan hormon yang mendadak. Kalau rajin, catatla graf suhu badan setiap hari. Cara ni agak leceh dan mungkin boleh jadi tak tepat kerana sekiranya anda demam atau kurang sihat, suhu badan anda juga meningkat.
2. LENDIRAN FARAJ
Pada waktu-waktu subur, lendiran faraj lebih dari biasa seiiring dengan pengeluaran hormon yang meningkat. Periksa lendiran tersebut kerana biasanya ianya melekit tetapi jika hari subur ia lebih likat lagi.
                         
Kalau lendiran faraj tu melekit-lekit macam ni dan banyak dari biasa bermakna ia petanda kita subur.
=====================
3. GUNA OVOLUTION PREDICTOR KIT ( OPK )
Menggunakan Ovolution Predictor kit mungkin lebih senang dan tepat untuk mengesan hormon Luteinizing Hormon (LH) di dalam urin. Ia membantu meramal masa ovulasi dan puncak kesuburan. Keputusannya cepat dalam masa lima minit keputusannya keluar dan ketepatannya menghampiri 99%. Bentuk dan rupa test strip ini lebih kurang sama dengan test strip yang lain.
Bagaimana strip ini berfungsi?
Luteinizing Hormone (LH) dalam kuantiti yang tinggi menyebabkan proses ovulasi (pelepasan telur atau ovum dari folikel ovari).
Semasa kitaran haid hanya sejumlah kecil LH terhasil, tetapi di pertengahan kitaran LH akan meningkat dgn dramatik. Peningkatan ini dipanggil “LH surge” dan mendahului ovulasi.
Conception berkemungkinan besar akan berlaku dalam tempoh 36 jam selepas “LH surge”.
Ujian Ovulasi LH  direka khusus untuk mengesan “LH surge” anda pada masa apabila anda mungkin ovulasi.
Jika anda menerima positif pada ujian LH, anda berada dalam fasa yang paling subur anda kitaran haid anda.