Thursday, November 27, 2014

Sabun pencuci terbaik

ASSALLAMMUALAIKUM..... SALAM SEJAHTERA

Ehh shaklee ada pencuci pinggan ke ada ke?Haa ramai lagi yang ta tahu kan sebenarnya shaklee nie macam macam ado...Dari untuk kecantikkan,kesihatan sampai lah kebersihan....
Nie intan nak cerita pasal salah satu produk untuk kebersihan..Yaa untuk cuci mencuci ..Suri rumah opkoss lah suka kan cuci mencuci pingan nie..hari - hari buat  yee takk...
Nak tahu shaklee ada pencuci pinggan juga..
DISH WASH CONCENTRATE namaya....
BOLEH JUGA DIGUNAKAN UNTUK MENCUCI BOTOL SUSU ANAK - ANAK KITA 





COMEL jee kan...tapi kecil kecil pun..boleh tahan hingga 4 bulan tau 1 botol nie.... ^_^
Jimat ke jimat,Opkoss lah jimat kan.....




Sekilas fakta mengenai Shaklee Dish Wash Concentrate


Get Clean Dish Wash ternyata:

Lembut pada tangan

• Semulajadi, berasaskan tumbuh-tumbuhan
• Tahan lama kerana kepekatannya
• Menjadikan pinggan bersih berkilau
• Hanya beberapa titisan dapat mencuci timbunan pingan mangkuk di dalam sinki

Tahukah Anda?
Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate. Kedua-dua kandungan tersebut boleh merengsakan kulit 
dan mata.

DishWash Concentrated tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

      Perbezaan Shaklee

  • Tidak bertoksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa bahan kimia berbahaya

Berkesan
  • Amat berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Formula pekatan yang hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih Sabun yang lebih tahan lama

Mesra alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan boleh dikitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan


TESTIMONI PENGGUNA DISH WASH MENCUCI PUTING SUSU BAYI :)





Nak sabun pencuci yang SELAMAT,MESRA ALAM??
Jommmm dapatkan DISH WASH CONCENTRATE

HUBUNGI SAYA DI 
SMS/CALL/WHATSAPP/TELEGRAM - 0172682779




Tuesday, November 18, 2014

Gemuk air...Bagaimana atasinya??

Masalah obesiti atau kegemukan bukanlah sesuatu yang baru melanda pada negara kita. Malah, Malaysia adalah antara negara yang rakyatnya mempunyai masalah obesiti paling tinggi di Asia Tenggara.
Pelbagai jenis ‘gemuk’ yang dapat dikenalpasti. Antara masalah kegemukan yang sering melanda masyarakat di Malaysia ialah gemuk air. Apakah itu gemuk air? Adakah ia berpunca kerana anda meminum air terlalu banyak?
Gemuk air sebenarnya berpunca akibat badan anda kekurangan air. Ia terjadi kerana apabila otak mendapati empunya badan  jarang mendapatkan air dengan kadar yang mencukupi. Jadi, secara automatik otak akan mengatur supaya air disimpan di dalam sel badan untuk kegunaan pada waktu kecemasan nanti.
Antara punca lain gemuk air adalah kerana terlalu banyak garam di dalam badan, terutama mereka yang suka makan makanan masin dan masam. Apabila  seseorang itu mengambil makanan masam dengan kuantiti yang banyak ia menghalang penyerapan air ke dalam sel badan. Situasi ini akan membuatkan badan mula kekurangan kuantiti air.
Jadi, apakah jalan penyelesaian  terbaik untuk mengatasi masalah gemuk air ini?
Untuk mengatasinya, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan sendiri.  Mudah saja!
1.   Minum Banyak Air Kosong
Punca utama seseorang itu mengalami masalah gemuk air ialah kerana kekurangan air di dalam badan. Jadi, banyakkan meminum air kosong atau air putih bagi memastikan anda bukan sahaja dapat mengatasi masalah gemuk air. Bahkan mencegah badan anda daripada mengalami dehidrasi.Minumlah air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Paling penting, kurangkan pengambilan minuman bersoda dan bergula.
2.   Kurangkan Makanan Bergaram
Garam di dalam makanan berfungsi untuk memastikan masakan anda cukup rasa dan menyedapkan. Namun, elakkan daripada meletakkan garam terlalu banyak di dalam makanan anda. Garam merupakan penyebab utama terjadinya kelebihan air dalam tubuh. Hindari makanan yang mengandungi  garam tinggi, termasuk juga garam yang tersembunyi dalam makanan segera.
3. Amalkan Bersenam
Cubalah bersenam pada setiap hari. Aktiviti fizikal akan meningkatkan degupan jantung dan membuatkan tubuh berpeluh. Bersenam secara rutin juga membantu keseimbangan air dalam tubuh agar tetap terjaga.Senaman yang disyorkan kepada anda yang mengalami masalah gemuk air ialah senaman jenis fizikal dan senaman kardiovaskular seperti joging dan berenang.
4.   Perbanyakkan Pengambilan Sayuran dan Buah-Buahan
Pengambilan sayur-sayuran dan  buah-buahan jelas amat penting kepada piramid makanan manusia. Makanan ini sering diambil oleh ramai wanita yang mahu mendapatkan kulit badan cantik.Sayuran dan buah-buahan bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan. Malah, kandungan vitamin C juga  penting buat anda yang berdiet. Karbohidrat kompleks dan protein yang terkandung itu juga akan membantu fungsi-fungsi dalam tubuh dan mengawal jumlah garam dalam tubuh.
5.    Elakkan Mengambil Makanan Tinggi Kalori
Kunci utama bagi menentukan sesuatu diet itu berjaya atau tidak ialah cara pemakanan anda. Salah satu yang harus dititik beratkan ketika diet ialah elakkan daripada mengambil makanan yang tinggi kandungan kalori.Hindari makanan yang mempunyai lemak yang tinggi seperti coklat dan pizza. Sia-sia sahaja anda gigih bersenam, sedangkan anda tidak menjaga pola pemakanan dengan betul. Bukan itu sahaja, usaha anda untuk mengatasi masalah gemuk air ini juga tidak akan berjaya.

Jom dapatkan bantuan supplement terbaik di pasaran :)
Pelbagai pilihan dengan produk Shaklee ..... 
Hubungi saya di FACEBOOK - https://www.facebook.com/mohdyusri.daniell
SMS/CALL/WHATSAPP - 0172682779 

Wednesday, November 12, 2014

Cara atasi blackhead & whitehead

Adakah memicit whitehead & blackhead menjadi hobi anda ... ?? 
Mesti anda pening kepala kan nak fikiran macam mana lah nak hapuskan WHITEHEAD & BLACKHEAD tu...Mula - mula jom kita kenali apa lah benda nya whitehead & blackhead nie.....





BLACKHEAD
Merupakan kumpulan sebum yang tampak seperti pori-pori terbuka yang membesar dan menghitam pada permukaan wajah dan mudah dikeluarkan. Nama dalam perubatan adalah Open Comedo. Merupakan lebihan minyak & kulit mati yang terkumpul akibat daripada kumpulan whitehead yang tidak dibersihkan. Sel kulit menjadi mati disebabkan pori-pori kulit berminyak menjadi semakin besar & kasar. Apabila pori-pori terhalang sepenuhnya maka terjadilah JERAWAT!. BLACKHEAD akan menyebabkan JERAWAT!

WHITEHEAD
Istilah perubatan Closed Comedo Merupakan gumpalan sebum yang terjadi di bawah permukaan kulit wajah yang tersumbat dengan kotoran dan lemak. Permukaanya tertutup sehingga sulit dikeluarkan. Biasanya, muncul di area T (dahi, hidung, dan dagu), juga di bawah mata dan pipi. Ianya tampak putih kekuningan seperti benjolan kecil-kecil di bawah kulit. Elakkan menghilangkannya dengan cara memicitnya. Ia akan merangsangnya menjadi jerawat bernanah yang akan merosakkan wajah, sehingga menyebabkan infection. WHITEHEAD boleh hilang dengan cara scrub yang betul.



BAGAIMANA nak atasi WHITEHEAD & BLACKHEAD??
Cara menghilangkan "BLACKHEAD" dan "WHITEHEAD" dengan Vitamin E Complex
++ Cuci muka anda sebersih-bersihnya, ambil sebiji(capsule) Vitamin E & cucuk dengan jarum. Akan keluar cecair kehitaman kemudian sapu minyak patinya sebelum tidur. Boleh tunggu sehingga 20minit kemudian bilas tetap paling bagus biarkan sehingga esok pagi baru dicuci. Muka anda akan kelihatan lembut selepas dicuci..
++ Amalkan makan Vitamin E Shaklee sehari 1 biji

VITA E COMPLEX SHAKLEE (120CAPSUL)


Hubungi saya untuk dapatkannya..
Dapatkan Vita E Shaklee
Bebaskan wajah anda dari sebarang masalah dengan supplement semulajadi :)
Intan Haryani Ismail- 0172682779


Thursday, November 6, 2014

EYE TREATMENT membantu hilangkan lingkaran gelap bawah mata






Terdapat 5 punca utama lingkaran hitam bawah mata(eye bag) boleh terjadi. Lingkaran hitam ini terjadi apabila anda kekurangan darah atau kurang tidur, maka wajah tampak pucat dan muncul lingkaran gelap di sekeliling mata. Faktor keturunan juga dapat menyebabkan timbulnya lingkaran hitam. Punca mengapa lingkaran hitam di bawah mata boleh terjadi:

1. Keturunan
Ketipisan kulit di sekitar mata berbeza pada setiap orang, biasanya hal ini disebabkan kerana keturunan. Semakin tipis kulit seseorang, maka semakin nampak jelas bayang-bayang hitam di bawah mata.

2. Alergi
Akibat mata yang gatal karena alergi, orang akan cenderung menggosok kulit di sekitar mata. Hal ini akan membuat darah memenuhi pembuluh-pembuluh di bawah mata, yang akan membuatnya nampak gelap. Beberapa alergi pada makanan juga menyebabkan lingkaran hitam ini. Pencegahan terhadap alergi dan membiasakan diri tidak menggosok mata perlu diingat untuk Anda yang memiliki alergi pada mata.

3. Keletihan
Kurang tidur atau keletihan yang berlebihan akan membuat mata bekerja lebih keras sehingga pembuluh-pembuluh darah di sekitar mata juga lebih aktif dan terlihat sebagai bayang-bayang hitam di bawah kulit mata. Rehat dan tidur yang cukup adalah penyelesaian yang paling baik.

4. Usia
Seiring dengan bertambahnya usia, kulit akan kehilangan kolagen yang membuatnya menjadi lebih tipis dan tembus pandang. Dengan demikian bayang-bayang gelap akan semakin nampak. Perawatan untuk meremajakan kulit akan mengurangi lingkaran hitam yang muncul akibat usia.

5. Anemia
Kekurangan zat besi yang merupakan tipe paling umum dari anemia, juga boleh menyebabkan bayang-bayang hitam ini. Pada masa kehamilan dan menstruasi kulit akan menjadi lebih pucat karena kekurangan asupan zat besi dan hal ini menyebabkan pembuluh-pembuluh darah di bawah mata lebih jelas terlihat sebagai bayang-bayang hitam. Pengambilan suplement zat besi atau penambah darah akan mengatasi masalah ini




BAGAIMANA INGIN MENGATASI NYA??

Anda boleh mencuba EYE TREATMENT .Jom baca serba sedikit mengenainya -



Enfuselle® Eye Treatment mengandungi ramuan botani anti penuaan serta vitamin C yang berupaya untuk menghilangkan garis-garis halus dan kedutan yang biasa terdapat dibawah mata apabila seseorang itu meningkat usia. Formula khusus shaklee ini telah diuji oleh pakar mata dan bersifat Hypoallergenik. Fakta ringkas Enfuselle® Eye Treatment: Sesuai untuk semua jenis kulit Mengandungi Triple-patented Vital Repair+® Dirumus dengan ekstrak beech tree bud, provitamin B5 dan vitamin E Sesuai kepada pemakai kanta lekap 100% bebas bauan, pewarna dan paraben Hypoallergenic Di rumus secara Klinikal Di uji olek pakar mata dan Dermatologi Tidak di uji kepada haiwan dan 100% bebas minyak.

Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara

Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan  pelbagai nutrien dan botani khusus.
Terbukti secara klinikal:
  1. 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  2. 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  3. 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  4. 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  5. Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  6. Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  7. Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  8. Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.



Friday, October 17, 2014

POWER PUMPING

POWER PUMPING
POWER PUMPING -- salah satu kaedah meningkatkan penghasilan susu badan
Apa itu Power Pumping?
  • teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu
  • melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik
  • Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?
  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu.
  • Ibu yang ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan.
  • Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.
  • Ibu berkerjaya yang sibuk hingga tidak dapat mengepam mengikut jadual masa tertentu di tempat kerja.
Bagaimana Nak Buat Power Pumping?

Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam (walaupun susu tak keluar, tak pe habis kan sesi sejam tu).

Macammana tu ?? Haaa, ini dia secara ringkasnya :-

0-10min : Pam B1
10-20 min : Pam B2
20-30 min : Pam B1
30-40 min : Pam B2
40 – 50 min : Pam B1
50 – 60 min : Pam B2
Nota : bergilir2 payudara sebelah kanan dan kiri. Buat sehingga sejam.


Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam (waktu rehat tu cuba minum seteguk air ok).


Ini pulak kalo anda guna double pumping :-

0-10min : Pam
10-20 min : Rehat
20-30 min : Pam
30-40 min : Rehat
40 – 50 min : Pam
50 – 60 min : Rehat

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu
Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
  • Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
  • Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
  • Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
  • Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam. (saya suka teknik nie, lumba sama ada baby kenyang dulu atau botol penuh dulu.., baby saya pun macam dah faham je, ehehehehe)
  • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
  • Pum setiap 2-3jam sekali
  • Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
  • Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)
Untuk mama-mama diluar sana yang mengambil suplemen bagi menjayakan penyususan, anda haruslah :-
  • Memastikan sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekurang-kurangnya.
Walaupun breast tidak menunjukkan tanda bengkak atau berat dengan susu, si ibu perlu teruskan perahan agar susu akan terus terhasil. Allah menjadikan penghasilan susu ibu based on DEMAND vs SUPPLY rules.
  • Minum air sebanyak 3 liter.
Minum sedikit tetapi istiqamah, Air sangat bagus untuk kesihatan luar dan dalaman tubuh kita. Saya selalu memesan pada ibu-ibu untuk sukat air minuman supaya kita tahu berapa kita dah minum setiap hari. Cara mudah, sediakan bekas air 1L, letak di tempat yang senang Nampak dan senang dicapai. Habis kan setiap 1L dari pagi – lunch hour, lunch hour-petang, petang-malam. InsyaAllah, ianya mudah.
  • DOA yang berterusan.
Doa yang ibu maksudkan bukan sekadar niat menyusu dan tadah tangan semata-mata. Sebagai muslim kita perlu mendirikan solat kerana ia tiang agama, ada pendapat mendapati si ibu yang tidak menjaga solat akan sedikit lemah semangat untuk meneruskan perjuangan penyusuan. Disamping itu boleh amalkan baca surah al-waqiah dan zikir.

Tuesday, September 23, 2014

Nak canti berseri??Anda harus cuba SET KECANTIKKAN SHAKLEE

SUPPLEMENT - SUPPLEMENT TERBAIK UNTUK KECANTIKKAN ANDA


Semua mengimpikan kulit halus,cantik,bebas cela...
Namun anda masih mencari yang terbaik untuk menjaga kecantikkan anda
Anda ingin supplement yang MAMPU MILIK & BERKESAN?
Jika begitu anda harus cuba SET KECANTIKKAN SHAKLEE

Apa ada dalam set kecantikkan shaklee

1) VITA E COMPLEX
2) SR VITA C
3 B COMPLEX



JOM LIHAT PERANAN SETIAP SUPPLEMENT INI



Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
 Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri

Tuesday, September 16, 2014

Punca Jerawat





Kenali Punca-punca Jerawat
Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.

Hormon dan Jerawat -- Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.

Bakteria dan Jerawat -- Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.

Pemakanan dan Jerawat -- Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.

Stress dan Jerawat -- Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

Alat Solek Dan Jerawat -- Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.

Matahari Dan Jerawat -- Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.

Pakaian Dan Jerawat -- Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.

Nak Atasi JERAWAT??
Jom ADD/PM Facebook saya - https://www.facebook.com/mohdyusri.daniell
Sms/Whatsapp  - 0172682779 ( Intan Haryani )
Pengedar Sah Shaklee anda :D

Saturday, September 6, 2014

Apa punca rahim bengkak ??




Basically,

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)
Kilang telur = Ovari.

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'. 

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569). 

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.

3. Obesiti.

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik

- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.

Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal

Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.

So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Cadangan diet yang sesuai :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.

Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.

Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant

GLA COMPLEX SHAKLEE boleh ke membantu anda ?

- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
- GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO. 
- Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

Take care of your health.