Thursday, April 16, 2015

6 tanda anda hampir bersalin..!!

BAGAIMANA NAK KENAL PASTI ANDA SUDAH HAMPIR MELAHIRKAN CAHAYA MATA ??



1. Ngilu di bahagian ari-ari
Semakin anda hampir hendak bersalin, rasa ngilu dan pedih di bahagian ari-ari akan kerap terasa. Bakal mama juga lebih kerap membuang air kecil mahu pun besar, sakit perut serta buang angin. Ini disebabkan tekanan kepala bayi yang sudah turun ke bawah laluan tulang pelvik.
2. Sakit tulang belakang
Kesakitan di pinggul dan tulang belakang semakin kuat dirasakan. Ini kerana di akhir kehamilan, berlaku pergerakan pada janin yang akan menekan tulang belakang ibu.
3. Keluar lendir berdarah
Ada sesetengah bakal mama akan mengalami keluarnya lendir bercampur darah sebagai tanda hendak bersalin. Ia berlaku disebabkan pintu rahim dalam proses pembukaan. Jika anda mengalami tanda ini, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan saiz bukaan pintu rahim.
4. Keluar air ketuban
Tidak semua bakal mama mengalami situasi ini. Bagi yang mengalami pecah air ketuban dari vagina iaitu air jernih yang mengalir sedikit atau deras, segeralah ke hospital untuk pemeriksaan segera. Biasanya tidak lama kemudian ibu akan bersalin.
5. Kontraksi rahim
Jika memang sudah sampai masanya, anda akan mengalami sakit kontraksi yang beturutan bermula sejam sekali sehingga  lima minit sekali dan menjadi semakin kerap. Bagaimanapun adakalanya sesetengah ibu akan mengalami kontraksi palsu. Jadi, ibu perlu kenal mana satu sakit kontraksi yang betul.
6. Bukaan pintu rahim
Semakin mendekati saat melahirkan, tanda yang paling jelas sekali adalah proses pembukaan rahim. Inilah kemuncak momen indah sebelum bergelar ibu. Walaupun sakit kontraksi iaitu proses pintu rahim terbuka dari 1 hingga 10 cm ini adalah kesakitan yang paling sakit  namun ia satu nikmat kelegaan saat kepala bayi mula keluar dari pintu rahim ibu.

BAGI YANG BERAGAMA ISLAM..BOLEH AMALKAN DOA INI,SEMOGA URUSAN KITA DIPERMUDAHKAN



SEMOGAINFO INI MEMBANTU SEDIKIT SEBANYAK BAGI IBU2 YANG AKAN MELAHIRKAN TIDAK LAMA LAGI ... :)

Friday, April 10, 2015

Tips Meneran

Tak lama lagi tarikh due date akan tiba..?
Bagaimana nak meneran..macam mana nak elak luka/koyakkan yang banyak...



1) Senaman Kegel
Senaman ini penting untuk mengelakkan koyakan perineum di samping membantu proses meneran ketika bersalin. Senaman ini dilakukan pada usia kehamilan 7 bulan ke atas bagi menguatkan otot pelvik. Mudah diamalkan di mana – mana sahaja. Sebaiknya, amalkan dengan kerap setiap hari.

Bagaimana untuk membuat senaman kegel? Senang je..
+ Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing
Tahan selama 2 – 3 saat
Lepas tu, anda lepaskan perlahan – lahan dan rehat
Buat 25 kali setiap satu sesi. Anda boleh buat 3x sehari
Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman. Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan


2) Sapuan Minyak Zaitun
Sapukan minyak zaitun pada bahagian perineum dan rajin – rajinlah lalukan urutan perineal bagi membantu mengurangkan trauma episiotomi. Urutan ini didapati efektif bagi mengurangkan risiko koyakan tahap ketiga dan keempat.


3) Bernafas Dengan Betul Ketika Bersalin
Ketika merasakan kontraksi awal bersalin (Braxton Hicks), tarik nafas dalam – dalam melalui hidung. Lepaskan perlahan menerusi mulut
Kemudian, ketika mula merasakan kontraksi semakin kerap dan sakit, ubah pernafasan menjadi pendek – pendek. Bernafas ikut mulut dan lepaskan cepat – cepat mengikut mulut (kaedah seperti termengah – mengah). Jangan kosongkan paru – paru sebaliknya, terus tarik nafas pendek seterusnya.
Apabila dah nak meneran, tetapi bukaan belum 10cm lagi. Tarik nafas dua kali mengikut hidung dan lepaskan sekali mengikut mulut.
Tiba masa betul – betul nak teran, tarik nafas dalam – dalam ikut mulut dan lepaskan sekali nafas secara perlahan – lahan mengikut mulut juga. Ini bagi mengelakkan kepala bayi masuk kembali.
Pastikan proses meneran dalam keadaan duduk bersandar sedikit (katil diangkat atau suami membantu untuk ampu bahagian belakang badan / kepala). Pastikan posisi kepala lebih tinggi daripada berbaring.
Suami boleh membantu menekan lutut isteri agar isteri tidak mengangkat punggung ketika meneran. Ini bagi mengelakkan koyakan besar pada vagina.


4) Meneran Dengan Betul
Belajar cara meneran dengan betul dan selamat bagi mengelakkan koyakan perineum atau digunting. Elakkan mengangkat punggung ketika meneran. Pegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat ketika meneran.
Dalam keadaan panik dan sakit, kadang – kadang kita boleh lupa dengan petua ni. Cara terbaik ialah, pesan awal – awal kepada suami. Minta tolong suami untuk ingatkan kita ketika meneran dan pada masa yang sama suami juga membantu si isteri.

+++ Cara Meneran Dengan Betul Ketika Bersalin
Kebiasaannya koyakan besar terjadi disebabkan oleh cara meneran yang salah. Apa yang harus anda lakukan? Oleh itu, anda boleh mencuba beberapa teknik yang saya kongsikan ini.

1) Angkat kepala sehingga mencecah dada
2) Mata pandang ke perut
3) Tangan pegang pergelangan kaki
4) Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran
5) Jangan sesekali angkat punggung agar luka koyakan tidak menjadi besar pada vagina
6) Tarik nafas dalam – dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar.
7) Pastikan anda tidak keluarkan nafas dengan kuat.
8) Teran sekuat – kuatnya selama yang boleh.
9) Curi nafas dan sambung teran disetiap kontraksi
10) Dengar arahan jurujawat dan doktor
11) Elakkan menjerit – jerit dan ingat pada Tuhan sehingga semuanya selesai.

SEMOGA BERMANFAAT :)

Tuesday, April 7, 2015

Tipss Mudah Bersalin


Semakin hampir dengan tarikh jangkaan bersalin...Makin banyak benda yang difikirkan ...Persiapana barang beby,barang ibu,tukang urut..Tapi saya yakin anda lebih memikirkan cara bagaimana nak permudahkan bersalin ..kan...BETUL tak..Opkoss lah betul..Sebab saya pun sama..Google tips mudah bersalin ..Apa yang membantu permudahkan bersalin.Tak kira lah makan apa2 pun or aktiviti apa pun mesti kita try kan..Asalkan mudah nak bersalin nanti...Ini antara sedikit tipsss untuk anda :)


Tips Cepatkan Bukaan Jalan Untuk Bersalin
Jom amalkan..Ramai takut nak bersalin kan..ada tu sampai trauma..Try 8 tips usaha untuk memudahkan bersalin nie..Mana tahu membantu bakal - bakal ibu di sini....

1. Makan VCO (Virgin Coconut Oil) atau bahasa melayunya minyak kelapa dara, VCO merupakan pelincir yang membantu memudahkan bersalin malah mengelakkan 'koyak' banyak ketika bersalin.

2. Banyakkan bergerak dengan berjalan-jalan di dalam rumah. Buat kerja2 ringan seperti menyapu rumah ke.

3. Sentiasa membaca doa .. "Rabbi Yassir wa laa tu'assir Ya Arhamar Rohimin"

4. Kerap bersama suami. Haaa, jangan terkejut ye.. petua ni sangat bagus diamalkan malah nurse pun pesan suruh kerap bersama suami kerana kajian menunjukkan sperma suami dapat meransang bukaan jalan untuk bersalin. hehe

5. Kalau dah sakit contraction macam dah keluar tanda, bolehlah minum milo + marjerin/telur ayam. Yang ni pun ramai yang dah cuba dan alhamdulillah proses bersalin mereka dipermudahkan dengan izin Allah.

6. Tetuk ketampi dan basuh baju mencangkung juga boleh cepatkan bukaan. Buat sekali sekala bolehlah, jangan kerap sangat takut terberanak sorang-sorang kat rumah nanti.kihkih..

7. Bagi yang berambut panjang, apabila mandi, dah siap cuci rambut semua, minum 3-4 titis air hujung rambut tu.

8. Waktu di hospital, apabila sakit contraction, banyakkan bergerak. jangan hanya berbaring. Cube jalan slow2 disekeliling katil. Tarik nafas. Tenangkan diri. Zikir. Kalau suami ade mintak suami bantu berjalan slow2. Insyaallah membantu.



BELUM ADA SET BERPANTANG?
Jom try SET PANTANG MODEN..Mudah untuk yang mungkin akan berpantang sendiri..
MUDAH_MAMPU MILIK
Perbanyakkan susu ibu,Mempercepatkan penyembuhan luka bersalin operate/normal,membantu ibu kekal cergas bertenaga,Anti Stress,Memulihkan kesihatan ibu selepas melahirkan ....Banyak lagi kebaikkan SET BERPANTANG SHAKLEE..Dari SET ASAS hingga SET PENUH... 

COD AREA SHAH ALAM,KELANA JAYA,SUBANG,PETALING JAYA,SUNGAI WAY,SUNWAY,DAMANSARA 
POS ke SELURUH MALAYSIA

0172682779
Intan Haryani Ismail 

Friday, January 23, 2015

Kenapa lambat datang haid??

12 SEBAB MENGAPA HAID ANDA LAMBAT
-----------------------------------


Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita.Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:


1. TEKANAN
Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.



2. MASALAH KESIHTAN 
Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.



3. UBATAN
Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.
.


4. BERLEBIHAN HORMONE PROLAKTIN
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.



5. MENYUSU BADAN
Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.



6. MASALAH TIROID
Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.



7. GEMUK 
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.



8. TERLALU KURUS
Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.



9. TERSILAP KIRA
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.



10. MENOPOS
Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. .
.Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.


11. PENCEGAH HAMIL
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!
.
12. HAMIL
akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.



BAGAIMANA CARA ATASI MASALAH PERIOD TAK TERATUR??
Hubungi saya di

FACEBOOK - https://www.facebook.com/mohdyusri.daniell
SMS/CALL/WHATSAPP - 0172682779

Sunday, January 18, 2015

Jalan- Jalan ke Pantai REMIS

Sabtu _ 17/1/2015

Kisahnya bermula apabila terasa amatlah boring di rumah ..So kita ajak lah encik hubby pergi jalan-jalan..
Maka bermulalah perjalanan dalam usaha nak menghilangkan boring
Encik hubby mencadangkan ke PANTAI MORIB...Excited...Tak pernah pergilah katakan...Dah 1 jam dalam perjalanan dari rumah,ehh kenapa jauh sangat tak sampai2..signboard ke MORIB pun tak nampak nie -_-

Maka berlangsung lah sedikit perbualan

Saya       = Jauh lagi ke ? Tak sampai - sampai pun
Hubby    = Entah,Rasa dah terlepas jalan
Saya       = Pulak dah,kenapa tak cakap ?


Aku mula lah Maps .humm...uii jauhnya sesat dah..kenapa dah lepas ke Klang nie -_-

Bersuaralah encik hubby kat sebelah sambil tersengih2..pergi Pantai Remis jelah..yang kita pergi dulu..Erkk adooii...Haa jomm lah .....Punya lah jauh dari Klang nak ke Pantai Remis.... sakit pinggang den..

Jauh perjalanan di hari sabtu nie,,ummmm.....Lalu bandar Lalu highway Lalu kampung Lalu pekan..
Sampai lah juga ke PANTAI REMIS ..!






Maka parking lah di tepi pantai yang indah nie :)

ADA YANG BERKELAH,MAIN AIR DI TEPI PANTAI,YANG BUAT BBQ PUN ADA ..!!


Aku melepak lah dalam kereta sambil melayan anak - anak yang cuba2 ajak aku p mandi..Mana boleh mandi kat sana...Anak dah siap suruh bukak baju lagi..Nasib lah anak ku tak mengamuk ..Kalau tak naya jee ....Lain kali kita p PORT DICKSON pula yaa.Sana bolehlah mandi..


Dapatlah snap beberapa kepinng jee gambar ..kerana mood dah ke laut sebab perjalanan yang jauh..














Hampir 2 jam melayan perasaan hilangkan penat ..hirup udara di tepi laut..Kami pun pulang lah..sebab sampai pun dah agak lewat... ^_^ Gitulah tamatnya sabtuku.... Diisi dengan perjalanan yang mengelirukan..Nasib baik sampai pantai nie.Tiupan angin nya mendamaikan :) Sejuk & Relax ....

Anda rasa nak habiskan hujung minggu tapi tak ada idea dah nak ke mana?Boleh ke Pantai Remis nie..Ada jual hidupan laut yang fresh2 juga tau...  ^_^ Boleh BBQ juga...Memang relax lah kalau nak jauhkan diri dari kesibukkan ibu kota & nak udara segar :) 

Tuesday, January 13, 2015

Berat naik MENDADAK ketika Hamil??

Takut bila fikirkan risiko seperti DIABETIS,DARAH TINGGI bila berat naik mendadak ketika hamil...

Penambahan berat badan ketika hamil perlu dipantau supaya tidak melebihi apa yang disarankan. Ramai ibu hamil yang mengalami masalah berat badan yang menurun semasa trimester pertama kehamilan disebabkan kurang selera makan dan ada juga yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Tetapi selepas usia kandungan masuk ke trimester kedua, kebanyakan tubuh badan ibu hamil kembali pulih dan selera makan pun dah makin ok. Adakalanya selera makan menjadi-jadi hingga menyebabkan masalah berat badan yang naik secara mendadak pula.
Secara kasarnya, ibu hamil digalakkan untuk menambah berat dalam lingkungan 1.5kg – 2.0 kg setiap bulan selepas usia kandungan 12 minggu. Walau begitu, setiap ibu mempunyai berat yang berbeza semasa hamil dan menurut artikel yang dikongsikan oleh Dr. Zubaidi, jadual di bawah dapat memberikan panduan kepada ibu untuk menambah berat semasa hamil.

Berat Sebelum HamilPenambahan Berat yang Dibenarkan
Kurang Berat Badan (BMI kurang dari 18.5)Kira-kira 13 – 18 kg
Normal (BMI 18.5 – 24.9)Kira-kira 11 – 16 kg
Lebih Berat Badan (25 – 29.9)Kira-kira 7 – 11 kg
Obese (BMI 30 atau lebih)Kira-kira 5 – 9 kg
Kebiasannya, bila berat naik banyak sangat dalam tempoh sebulan, nurse akan refer kes kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut dan biasanya kena minum air gula untuk pastikan dia tiada masalah kencing manis. Sebelum minum air gula tu, kena puasa dulu daripada malam hinggalah pagi esoknya sebelum minum air gula tu. Sampel darah akan diambil dua kali iaitu sebelum minum air gula dan kira-kra 2 jam selepas minum air gula. Jika bacaan paras gula dalam darah tu normal, maknanya ibu hamil tiada masalah kencing manis.
Bacaan gula yang normal sebelum minum air gula perlu kurang daripada 5.6 mmol/liter dan selepas 2 jam minum air gula, paras gula dalam darah perlu kurang daripada 7.8 mmol/liter. Jika di luar daripada paras normal, ibu hamil disahkan menghidap kencing manis ketika hamil iaitu Gestational Diabetes Mellitus (GDM).

Kesan Jika Ibu Hamil Disahkan Diabetes?

Ibu hamil yang disahkan diabetes perlulah mengamalkan diet yang sesuai untuk mengawal paras gula dalam darah. Kencing manis yang tak dikawal semasa hamil boleh menyebabkan risiko kecacatan kepada bayi dalam kandungan. Biasanya, doktor akan segerakan kelahiran 2 minggu lebih awal untuk mengelakkan komplikasi seperti saiz bayi yang terlalu besar atau bayi meninggal dalam kandungan akibat plasenta yang tidak dapat berfungsi dengan baik.
Macam Mana Nak Kawal Berat Badan Ibu Hamil Supaya Tak Naik Secara Mendadak?
Jadi, seeloknya ibu perlu jaga pemakanan sepanjang waktu hamil. Tak bermakna bila hamil ni perlu makan untuk dua orang :) Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk mengawal berat badan serta kekalkan paras gula yang normal dalam darah :
  • Mengambil karbohidrat kompleks seperti bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji
  • Mengambil makanan yang kaya serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain
  • Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu seperti mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain. Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit.
  • Elakkan makanan yang bergoreng

Ibu hamil  juga boleh mengawal berat badan dengan mengamalkan minum Energizing Soy Protein untuk mengawal selera makan. Dah ramai ibu hamil yang amalkannya dan ramai yang bersetuju berat badan mereka terkawal dan tak naik mendadak. Selain itu, ibu hamil digalakkan mengambil Omega 3 kerana ianya dipercayai dapat membantu melancarkan aliran darah ke otot-otot dalam tubuh badan sewaktu sedang exercise dan membantu merangsang enzim yang membawa lemak ke tempat yang perlu untuk membekalkan tenaga. Ibu-ibu tahu tak, Omega 3 ni pun boleh membantu dalam pembakaran lemak-lemak yang tak perlu dalam tubuh badan.
Haa….macam mana tu? Makan asid lemak tapi boleh bakar lemak? Terdapat kajian yang menunjukkandengan adanya asid lemak dalam aliran darah, lemak dalam badan akan dibakar dan ditukarkan kepada tenaga..dengan syarat kalori yang diambil tu kurang dari yang dibakar.


SEKIAN....Untuk dapatkan Esp Shaklee ,Boleh hubungi saya melalui 
FACEBOOK - https://www.facebook.com/mohdyusri.daniell
SMS/WHATSAPP/TELEGRAM/CALL - 0172682779

Thank you :) 

Monday, January 12, 2015

Meal Shake...SEDAP BERKHASIAT


MEAL SHAKE untuk kesihatan anak anda :) Banyak kebaikkan dalam 1 tong Meal Shake,Anda ingin yang terbaik untuk kesihatan anak anda..


6 fakta tentang Mealshake:

1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.


Bagaimana cara pengambilan MEAL SHAKE ...!!

Untuk DEWASA 
+ 2 SUDU BESAR 1 HARI

Untuk KANAK-KANAK 1 hingga 6 tahun
+ 1 SUDU KECIL 1 HARI 

CARA PENGAMBILAN

MEAL SHAKE boleh dicampurkan dalam bubur/susu/minuman kegemaran anak anda..begitu juga dengan golongan dewasa..boleh di shake dengan jus kegemaran...
Juga ada beberapa resepi yang BEST untuk anda cuba  :) 

1) Puding Meal Shake 

Resepi Puding Milo+Oreo+ Meal Shakes

Bahan2:

10grm serbuk agar2
(kalau nak pakai yg tali tu pun bole..tp sy x pandai nak budget air..hehehe)
1 tin susu cair/fresh milk
700ml Air
150grm gula
(sy kurangkn sebab milo &meal shakes dah manis dan ada rasa sendiri)
3/4 cawan milo
2 sudu besar meal shakes
1 bungkus oreo

Cara2:
  1. Didihkan air..campur serbuk agar2..kacau sampai serbuk agar2 betul2 melt & sebati
  2. Masukkan susu cair & gula..kacau sampai gula larut & biarkan sampai mendidih
  3. Tutup api..Separatekan kpd 2 bahagian..biarkan sejuk sikit ala2 suam2 kuku..jgn sampai keras pulak..
  4. Masukkan milo dalam 1 bahagian dan blender..so milo td x berketul & tekstur puding nnt pun halus..
  5. Masukkan meal shakes dalam bahagian yg satu lg..blender jugak..
  6. Letak separuh adunan yg campur milo td dalam loyang/bekas..biarkan mengeras sikit..
  7. Tuang adunan yg campur meal shakes td atas adunan milo yg da keras sikit tu..
  8. Patahkan orea 2 bahagian..susun atas adunan meal shakes td..jgn tunggu sampai adunan tu keras tau..
  9. Bila adunan dah keras sikit baru tuang yg adunan milo yg balance tu..
  10. Dah boleh masukkan dlm fridge utk keraskan...:)

***biarkan adunan td sejuk dulu sblm masukkan meal shakes, sbb xnak protein dlm meal shakes td musna sbb suhu yg tinggi..:)




AIS KRIM OREO + MEAL SHAKE 






SELAMAT MENCUBA :)

Nak dapatkan Meal Shake ??
Hubungi saya di -
FACEBOOK - Intanyus RayyanDaniell
SMS/CALL/WHATSAPP - 0172682779
COD -Kelana Jaya ,Petaling Jaya,Shah Alam,Subang,Damansara,
POS ke SELURUH MALAYSIA