Friday, April 10, 2015

Tips Meneran

Tak lama lagi tarikh due date akan tiba..?
Bagaimana nak meneran..macam mana nak elak luka/koyakkan yang banyak...



1) Senaman Kegel
Senaman ini penting untuk mengelakkan koyakan perineum di samping membantu proses meneran ketika bersalin. Senaman ini dilakukan pada usia kehamilan 7 bulan ke atas bagi menguatkan otot pelvik. Mudah diamalkan di mana – mana sahaja. Sebaiknya, amalkan dengan kerap setiap hari.

Bagaimana untuk membuat senaman kegel? Senang je..
+ Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing
Tahan selama 2 – 3 saat
Lepas tu, anda lepaskan perlahan – lahan dan rehat
Buat 25 kali setiap satu sesi. Anda boleh buat 3x sehari
Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman. Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan


2) Sapuan Minyak Zaitun
Sapukan minyak zaitun pada bahagian perineum dan rajin – rajinlah lalukan urutan perineal bagi membantu mengurangkan trauma episiotomi. Urutan ini didapati efektif bagi mengurangkan risiko koyakan tahap ketiga dan keempat.


3) Bernafas Dengan Betul Ketika Bersalin
Ketika merasakan kontraksi awal bersalin (Braxton Hicks), tarik nafas dalam – dalam melalui hidung. Lepaskan perlahan menerusi mulut
Kemudian, ketika mula merasakan kontraksi semakin kerap dan sakit, ubah pernafasan menjadi pendek – pendek. Bernafas ikut mulut dan lepaskan cepat – cepat mengikut mulut (kaedah seperti termengah – mengah). Jangan kosongkan paru – paru sebaliknya, terus tarik nafas pendek seterusnya.
Apabila dah nak meneran, tetapi bukaan belum 10cm lagi. Tarik nafas dua kali mengikut hidung dan lepaskan sekali mengikut mulut.
Tiba masa betul – betul nak teran, tarik nafas dalam – dalam ikut mulut dan lepaskan sekali nafas secara perlahan – lahan mengikut mulut juga. Ini bagi mengelakkan kepala bayi masuk kembali.
Pastikan proses meneran dalam keadaan duduk bersandar sedikit (katil diangkat atau suami membantu untuk ampu bahagian belakang badan / kepala). Pastikan posisi kepala lebih tinggi daripada berbaring.
Suami boleh membantu menekan lutut isteri agar isteri tidak mengangkat punggung ketika meneran. Ini bagi mengelakkan koyakan besar pada vagina.


4) Meneran Dengan Betul
Belajar cara meneran dengan betul dan selamat bagi mengelakkan koyakan perineum atau digunting. Elakkan mengangkat punggung ketika meneran. Pegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat ketika meneran.
Dalam keadaan panik dan sakit, kadang – kadang kita boleh lupa dengan petua ni. Cara terbaik ialah, pesan awal – awal kepada suami. Minta tolong suami untuk ingatkan kita ketika meneran dan pada masa yang sama suami juga membantu si isteri.

+++ Cara Meneran Dengan Betul Ketika Bersalin
Kebiasaannya koyakan besar terjadi disebabkan oleh cara meneran yang salah. Apa yang harus anda lakukan? Oleh itu, anda boleh mencuba beberapa teknik yang saya kongsikan ini.

1) Angkat kepala sehingga mencecah dada
2) Mata pandang ke perut
3) Tangan pegang pergelangan kaki
4) Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran
5) Jangan sesekali angkat punggung agar luka koyakan tidak menjadi besar pada vagina
6) Tarik nafas dalam – dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar.
7) Pastikan anda tidak keluarkan nafas dengan kuat.
8) Teran sekuat – kuatnya selama yang boleh.
9) Curi nafas dan sambung teran disetiap kontraksi
10) Dengar arahan jurujawat dan doktor
11) Elakkan menjerit – jerit dan ingat pada Tuhan sehingga semuanya selesai.

SEMOGA BERMANFAAT :)

No comments:

Post a Comment