Thursday, April 16, 2015

6 tanda anda hampir bersalin..!!

BAGAIMANA NAK KENAL PASTI ANDA SUDAH HAMPIR MELAHIRKAN CAHAYA MATA ??



1. Ngilu di bahagian ari-ari
Semakin anda hampir hendak bersalin, rasa ngilu dan pedih di bahagian ari-ari akan kerap terasa. Bakal mama juga lebih kerap membuang air kecil mahu pun besar, sakit perut serta buang angin. Ini disebabkan tekanan kepala bayi yang sudah turun ke bawah laluan tulang pelvik.
2. Sakit tulang belakang
Kesakitan di pinggul dan tulang belakang semakin kuat dirasakan. Ini kerana di akhir kehamilan, berlaku pergerakan pada janin yang akan menekan tulang belakang ibu.
3. Keluar lendir berdarah
Ada sesetengah bakal mama akan mengalami keluarnya lendir bercampur darah sebagai tanda hendak bersalin. Ia berlaku disebabkan pintu rahim dalam proses pembukaan. Jika anda mengalami tanda ini, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan saiz bukaan pintu rahim.
4. Keluar air ketuban
Tidak semua bakal mama mengalami situasi ini. Bagi yang mengalami pecah air ketuban dari vagina iaitu air jernih yang mengalir sedikit atau deras, segeralah ke hospital untuk pemeriksaan segera. Biasanya tidak lama kemudian ibu akan bersalin.
5. Kontraksi rahim
Jika memang sudah sampai masanya, anda akan mengalami sakit kontraksi yang beturutan bermula sejam sekali sehingga  lima minit sekali dan menjadi semakin kerap. Bagaimanapun adakalanya sesetengah ibu akan mengalami kontraksi palsu. Jadi, ibu perlu kenal mana satu sakit kontraksi yang betul.
6. Bukaan pintu rahim
Semakin mendekati saat melahirkan, tanda yang paling jelas sekali adalah proses pembukaan rahim. Inilah kemuncak momen indah sebelum bergelar ibu. Walaupun sakit kontraksi iaitu proses pintu rahim terbuka dari 1 hingga 10 cm ini adalah kesakitan yang paling sakit  namun ia satu nikmat kelegaan saat kepala bayi mula keluar dari pintu rahim ibu.

BAGI YANG BERAGAMA ISLAM..BOLEH AMALKAN DOA INI,SEMOGA URUSAN KITA DIPERMUDAHKAN



SEMOGAINFO INI MEMBANTU SEDIKIT SEBANYAK BAGI IBU2 YANG AKAN MELAHIRKAN TIDAK LAMA LAGI ... :)

Friday, April 10, 2015

Tips Meneran

Tak lama lagi tarikh due date akan tiba..?
Bagaimana nak meneran..macam mana nak elak luka/koyakkan yang banyak...



1) Senaman Kegel
Senaman ini penting untuk mengelakkan koyakan perineum di samping membantu proses meneran ketika bersalin. Senaman ini dilakukan pada usia kehamilan 7 bulan ke atas bagi menguatkan otot pelvik. Mudah diamalkan di mana – mana sahaja. Sebaiknya, amalkan dengan kerap setiap hari.

Bagaimana untuk membuat senaman kegel? Senang je..
+ Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing
Tahan selama 2 – 3 saat
Lepas tu, anda lepaskan perlahan – lahan dan rehat
Buat 25 kali setiap satu sesi. Anda boleh buat 3x sehari
Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman. Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan


2) Sapuan Minyak Zaitun
Sapukan minyak zaitun pada bahagian perineum dan rajin – rajinlah lalukan urutan perineal bagi membantu mengurangkan trauma episiotomi. Urutan ini didapati efektif bagi mengurangkan risiko koyakan tahap ketiga dan keempat.


3) Bernafas Dengan Betul Ketika Bersalin
Ketika merasakan kontraksi awal bersalin (Braxton Hicks), tarik nafas dalam – dalam melalui hidung. Lepaskan perlahan menerusi mulut
Kemudian, ketika mula merasakan kontraksi semakin kerap dan sakit, ubah pernafasan menjadi pendek – pendek. Bernafas ikut mulut dan lepaskan cepat – cepat mengikut mulut (kaedah seperti termengah – mengah). Jangan kosongkan paru – paru sebaliknya, terus tarik nafas pendek seterusnya.
Apabila dah nak meneran, tetapi bukaan belum 10cm lagi. Tarik nafas dua kali mengikut hidung dan lepaskan sekali mengikut mulut.
Tiba masa betul – betul nak teran, tarik nafas dalam – dalam ikut mulut dan lepaskan sekali nafas secara perlahan – lahan mengikut mulut juga. Ini bagi mengelakkan kepala bayi masuk kembali.
Pastikan proses meneran dalam keadaan duduk bersandar sedikit (katil diangkat atau suami membantu untuk ampu bahagian belakang badan / kepala). Pastikan posisi kepala lebih tinggi daripada berbaring.
Suami boleh membantu menekan lutut isteri agar isteri tidak mengangkat punggung ketika meneran. Ini bagi mengelakkan koyakan besar pada vagina.


4) Meneran Dengan Betul
Belajar cara meneran dengan betul dan selamat bagi mengelakkan koyakan perineum atau digunting. Elakkan mengangkat punggung ketika meneran. Pegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat ketika meneran.
Dalam keadaan panik dan sakit, kadang – kadang kita boleh lupa dengan petua ni. Cara terbaik ialah, pesan awal – awal kepada suami. Minta tolong suami untuk ingatkan kita ketika meneran dan pada masa yang sama suami juga membantu si isteri.

+++ Cara Meneran Dengan Betul Ketika Bersalin
Kebiasaannya koyakan besar terjadi disebabkan oleh cara meneran yang salah. Apa yang harus anda lakukan? Oleh itu, anda boleh mencuba beberapa teknik yang saya kongsikan ini.

1) Angkat kepala sehingga mencecah dada
2) Mata pandang ke perut
3) Tangan pegang pergelangan kaki
4) Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran
5) Jangan sesekali angkat punggung agar luka koyakan tidak menjadi besar pada vagina
6) Tarik nafas dalam – dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar.
7) Pastikan anda tidak keluarkan nafas dengan kuat.
8) Teran sekuat – kuatnya selama yang boleh.
9) Curi nafas dan sambung teran disetiap kontraksi
10) Dengar arahan jurujawat dan doktor
11) Elakkan menjerit – jerit dan ingat pada Tuhan sehingga semuanya selesai.

SEMOGA BERMANFAAT :)

Tuesday, April 7, 2015

Tipss Mudah Bersalin


Semakin hampir dengan tarikh jangkaan bersalin...Makin banyak benda yang difikirkan ...Persiapana barang beby,barang ibu,tukang urut..Tapi saya yakin anda lebih memikirkan cara bagaimana nak permudahkan bersalin ..kan...BETUL tak..Opkoss lah betul..Sebab saya pun sama..Google tips mudah bersalin ..Apa yang membantu permudahkan bersalin.Tak kira lah makan apa2 pun or aktiviti apa pun mesti kita try kan..Asalkan mudah nak bersalin nanti...Ini antara sedikit tipsss untuk anda :)


Tips Cepatkan Bukaan Jalan Untuk Bersalin
Jom amalkan..Ramai takut nak bersalin kan..ada tu sampai trauma..Try 8 tips usaha untuk memudahkan bersalin nie..Mana tahu membantu bakal - bakal ibu di sini....

1. Makan VCO (Virgin Coconut Oil) atau bahasa melayunya minyak kelapa dara, VCO merupakan pelincir yang membantu memudahkan bersalin malah mengelakkan 'koyak' banyak ketika bersalin.

2. Banyakkan bergerak dengan berjalan-jalan di dalam rumah. Buat kerja2 ringan seperti menyapu rumah ke.

3. Sentiasa membaca doa .. "Rabbi Yassir wa laa tu'assir Ya Arhamar Rohimin"

4. Kerap bersama suami. Haaa, jangan terkejut ye.. petua ni sangat bagus diamalkan malah nurse pun pesan suruh kerap bersama suami kerana kajian menunjukkan sperma suami dapat meransang bukaan jalan untuk bersalin. hehe

5. Kalau dah sakit contraction macam dah keluar tanda, bolehlah minum milo + marjerin/telur ayam. Yang ni pun ramai yang dah cuba dan alhamdulillah proses bersalin mereka dipermudahkan dengan izin Allah.

6. Tetuk ketampi dan basuh baju mencangkung juga boleh cepatkan bukaan. Buat sekali sekala bolehlah, jangan kerap sangat takut terberanak sorang-sorang kat rumah nanti.kihkih..

7. Bagi yang berambut panjang, apabila mandi, dah siap cuci rambut semua, minum 3-4 titis air hujung rambut tu.

8. Waktu di hospital, apabila sakit contraction, banyakkan bergerak. jangan hanya berbaring. Cube jalan slow2 disekeliling katil. Tarik nafas. Tenangkan diri. Zikir. Kalau suami ade mintak suami bantu berjalan slow2. Insyaallah membantu.



BELUM ADA SET BERPANTANG?
Jom try SET PANTANG MODEN..Mudah untuk yang mungkin akan berpantang sendiri..
MUDAH_MAMPU MILIK
Perbanyakkan susu ibu,Mempercepatkan penyembuhan luka bersalin operate/normal,membantu ibu kekal cergas bertenaga,Anti Stress,Memulihkan kesihatan ibu selepas melahirkan ....Banyak lagi kebaikkan SET BERPANTANG SHAKLEE..Dari SET ASAS hingga SET PENUH... 

COD AREA SHAH ALAM,KELANA JAYA,SUBANG,PETALING JAYA,SUNGAI WAY,SUNWAY,DAMANSARA 
POS ke SELURUH MALAYSIA

0172682779
Intan Haryani Ismail