Tuesday, January 13, 2015

Berat naik MENDADAK ketika Hamil??

Takut bila fikirkan risiko seperti DIABETIS,DARAH TINGGI bila berat naik mendadak ketika hamil...

Penambahan berat badan ketika hamil perlu dipantau supaya tidak melebihi apa yang disarankan. Ramai ibu hamil yang mengalami masalah berat badan yang menurun semasa trimester pertama kehamilan disebabkan kurang selera makan dan ada juga yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Tetapi selepas usia kandungan masuk ke trimester kedua, kebanyakan tubuh badan ibu hamil kembali pulih dan selera makan pun dah makin ok. Adakalanya selera makan menjadi-jadi hingga menyebabkan masalah berat badan yang naik secara mendadak pula.
Secara kasarnya, ibu hamil digalakkan untuk menambah berat dalam lingkungan 1.5kg – 2.0 kg setiap bulan selepas usia kandungan 12 minggu. Walau begitu, setiap ibu mempunyai berat yang berbeza semasa hamil dan menurut artikel yang dikongsikan oleh Dr. Zubaidi, jadual di bawah dapat memberikan panduan kepada ibu untuk menambah berat semasa hamil.

Berat Sebelum HamilPenambahan Berat yang Dibenarkan
Kurang Berat Badan (BMI kurang dari 18.5)Kira-kira 13 – 18 kg
Normal (BMI 18.5 – 24.9)Kira-kira 11 – 16 kg
Lebih Berat Badan (25 – 29.9)Kira-kira 7 – 11 kg
Obese (BMI 30 atau lebih)Kira-kira 5 – 9 kg
Kebiasannya, bila berat naik banyak sangat dalam tempoh sebulan, nurse akan refer kes kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut dan biasanya kena minum air gula untuk pastikan dia tiada masalah kencing manis. Sebelum minum air gula tu, kena puasa dulu daripada malam hinggalah pagi esoknya sebelum minum air gula tu. Sampel darah akan diambil dua kali iaitu sebelum minum air gula dan kira-kra 2 jam selepas minum air gula. Jika bacaan paras gula dalam darah tu normal, maknanya ibu hamil tiada masalah kencing manis.
Bacaan gula yang normal sebelum minum air gula perlu kurang daripada 5.6 mmol/liter dan selepas 2 jam minum air gula, paras gula dalam darah perlu kurang daripada 7.8 mmol/liter. Jika di luar daripada paras normal, ibu hamil disahkan menghidap kencing manis ketika hamil iaitu Gestational Diabetes Mellitus (GDM).

Kesan Jika Ibu Hamil Disahkan Diabetes?

Ibu hamil yang disahkan diabetes perlulah mengamalkan diet yang sesuai untuk mengawal paras gula dalam darah. Kencing manis yang tak dikawal semasa hamil boleh menyebabkan risiko kecacatan kepada bayi dalam kandungan. Biasanya, doktor akan segerakan kelahiran 2 minggu lebih awal untuk mengelakkan komplikasi seperti saiz bayi yang terlalu besar atau bayi meninggal dalam kandungan akibat plasenta yang tidak dapat berfungsi dengan baik.
Macam Mana Nak Kawal Berat Badan Ibu Hamil Supaya Tak Naik Secara Mendadak?
Jadi, seeloknya ibu perlu jaga pemakanan sepanjang waktu hamil. Tak bermakna bila hamil ni perlu makan untuk dua orang :) Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk mengawal berat badan serta kekalkan paras gula yang normal dalam darah :
  • Mengambil karbohidrat kompleks seperti bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji
  • Mengambil makanan yang kaya serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain
  • Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu seperti mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain. Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit.
  • Elakkan makanan yang bergoreng

Ibu hamil  juga boleh mengawal berat badan dengan mengamalkan minum Energizing Soy Protein untuk mengawal selera makan. Dah ramai ibu hamil yang amalkannya dan ramai yang bersetuju berat badan mereka terkawal dan tak naik mendadak. Selain itu, ibu hamil digalakkan mengambil Omega 3 kerana ianya dipercayai dapat membantu melancarkan aliran darah ke otot-otot dalam tubuh badan sewaktu sedang exercise dan membantu merangsang enzim yang membawa lemak ke tempat yang perlu untuk membekalkan tenaga. Ibu-ibu tahu tak, Omega 3 ni pun boleh membantu dalam pembakaran lemak-lemak yang tak perlu dalam tubuh badan.
Haa….macam mana tu? Makan asid lemak tapi boleh bakar lemak? Terdapat kajian yang menunjukkandengan adanya asid lemak dalam aliran darah, lemak dalam badan akan dibakar dan ditukarkan kepada tenaga..dengan syarat kalori yang diambil tu kurang dari yang dibakar.


SEKIAN....Untuk dapatkan Esp Shaklee ,Boleh hubungi saya melalui 
FACEBOOK - https://www.facebook.com/mohdyusri.daniell
SMS/WHATSAPP/TELEGRAM/CALL - 0172682779

Thank you :) 

No comments:

Post a Comment